MELAKA 23 Sept. - Kegiatan mesin judi haram yang berleluasa sejak kebelakangan ini di Melaka didakwa berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri dua minggu lalu memutuskan supaya pesalah tidak lagi diberi kompaun sebaliknya terus diheret ke mahkamah. Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tidak dipatuhi PBT yang masih mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis yang menjalankan kegiatan itu, malah turut memberi tempoh 14 hari untuk memulangkan peralatan. "Saya tidak berpuas hati dengan cara PBT bertindak menangani kegiatan judi haram ini. Saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak faham prosedur yang kerajaan negeri putuskan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu. "Tidak boleh lagi kompaun atas kesalahan ini dan musnahkan mesin judi yang dirampas. PBT tidak boleh terlalu lembut dalam bertindak untuk menangani kegiatan mesin judi haram," katanya. Beliau berkata demikian selepas meninjau dua premis di Taman Bunga Bukit Beruang di sini yang pernah diserbu oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana menjalankan kegiatan judi haram sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, Exco kerajaan negeri telah bermesyuarat dua kali bagi membincangkan perkara itu sejak dua minggu lalu dan memutuskan agar PBT merampas peralatan mesin judi, menyita premis, mendakwa pemilik dan memusnahkan mesih judi bagi mengelak ia merebak ke tempat lain, namun tidak dipatuhi oleh PBT. Sehubungan itu kata beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Omar Kaseh akan mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan arahan yang diputuskan baru-baru ini dengan disertai PBT terlibat, polis, Tenaga Nasional Berhad dan agensi berkaitan. Kata Mohd. Ali, SUK akan menyelaras tindakan penguatkuasaan PBT terlibat termasuk memastikan arahan yang ditetapkan dipatuhi. Jelasnya, tindakan merampas mesin judi haram oleh PBT dan polis tidak mencukupi sebaliknya langkah penguatkuasaan yang berkesan serta tegas harus diambil bagi menghapuskan sepenuhnya kegiatan tersebut. Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram kepada pihak berkuasa termasuk beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial Facebook bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil. Sumber: Utusan Online, 24/09/2011 Ada Judi Haram dan Judi Halal? Perbuatan berjudi bukan sahaja diharamkan di dalam Islam, malah kesannya juga adalah amat buruk terhadap masyarakat. Allah telah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". [TMQ Al Maa-idah (5) : 90]. Namun begitu, bagi kerajaan sekular BN, yang penting sesuatu kegiatan judi itu harus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Di sebabkan itulah, di bawah pemerintahan BN, wujudnya apa yang dikatakan "judi haram" dan "judi halal". Mana tidaknya, "judi haram" yang dimaksudkan itu adalah kerana ia tidak diberi lesen oleh pemerintah manakala "judi halal" pula ialah premis- premis judi yang diberi lesen untuk beroperasi. Lihat sahaja kewujudan premis judi berlesen terbesar yang dibenarkan oleh pemerintah di Genting Highland. Apakah ingin dinafikan oleh kerajaan BN? Mungkin juga dengan kewujudan premis-premis "judi haram" ini, ia telah memberikan saingan kepada premis-premis "judi halal" sehingga menjejaskan pendapatan mereka dan mengurangkan cukai perniagaan judi yang merupakan di antara penyumbang yang utama kepada Negara. Mungkin inilah yang menjadi pertimbangan terbesar apabila pemimpin yang penuh dengan rasuah cuba untuk memerangi aktiviti judi haram ini! Tidak kiralah sama ada ia diberi lesen mahupun tidak oleh pemerintah, aktiviti perjudian tetap suatu keharaman dan pemerintah wajib menutup semua premis perjudian dan menghalang semua aktiviti seumpamanya. Malah, masyarakat juga haruslah dididik agar menjauhi aktiviti perjudian, bukan sekadar kerana ia banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat, tetapi ia bertentangan dengan perintah dan larangan Allah supaya kesedaran yang timbul bukan sekadar kerana penguatkuasaan undang- undang oleh negara tetapi ia juga timbul atas dasar ketakwaan individu kepada perintah dan larangan Allah. Wallahu a'lam. |
Friday, 28 October 2011
judi halal dan judi haram
Tuesday, 25 October 2011
JGN MAKAN MAGGIE.....
Keburukan Kacang Soya
KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya: 1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. 2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. 3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai. Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??). FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.) (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain. (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.) Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan. MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT |
Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...
"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...
Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia .
HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah

Sekarang chogeeyoo nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China . Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
Sila jangan tolong..ASAL?
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...
Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China . Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu
akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...Tao berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China " ingatlah !
JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri
Sunday, 16 October 2011
Dosa meninggalkan solat fardu
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu : Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.Allah SWT akan mempersulit rezekinya.Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya,sehingga tulang-tulang berceragah.Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber : Dari Buku Himpunan Fada'il Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi.
Sahabat2 ku sekelian,walau sibuk macamana pun kita,jagalah solat mu..yakinlah Allah Taala lah pemberi rezeki..bukan kerja mu..bukan bos kamu..bila kita yakin kerja yg bagi rezeki pada kita..habislah..automatik syirik kita bertuhankan WANG RINGGIT.Luangkan masa kita untuk solat fardhu..hanya 5 waktu..susah kah??
Daripada Naufal bin Mu'awiyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,seseorang yang terluput satu solatnya adalah seumpama seseorang yang hilang akan harta kekayaan dan ahli keluarga nya(H.R.Ibn Hibban,Targhib,Sayuti,Nasaie,Ahmad)
Berapa ramai dikalangan kita merasakan bila datangnya kematian keluarga atau kehilangan harta benda..terus berusaha akan perbetulkan solat nya??Berapa ramai??
Sedih bila memikirkan ummat islam sekarang sangat2 menderita iman dan amal..bila datangnya bala bencana,mereka masih menafikan itulah teguran Allah Taala..sedarlah ummat..bila datangnya kesusahan pada kamu..cuba cek balik apa dosa yg kamu lakukan demi menzalimi diri kamu??Cek balik akan perintah Allah taala yg paling ulung..sudah ditunaikan??Apa beza kita dengan kuffar kalau sama-sama tiada beza tak solat dan bertuhankan Wang Ringgit..
Doakan saya..saya masih menderita akan lemahnya iman dan amal..doakan saya supaya sentiasa di beri kemanisan untuk cari lagi dan lagi kesukaan Allah Taala dan menjauhi larangan Allah Taala..
Dewasa ini ramai yg bercakap hebat tetntang agama,tapi tiada risau bimbang akan perintah Allah Taala yg ulung..so tiada apa yg boleh membantu kalau kita perjuangkan ISLAM,TAPI TAK JAGA SOLAT...SEMUA AMALAN TERTOLAK SAMA SEKALI....SOLAT ITU TIANG AGAMA..KAMU JAGA..TERPELIHARALAH AGAMA..KAMU TINGGALKAN..KAMU LAH RUNTUHKAN AGAMA..JANGAN TUDING JARI PADA ORANG LAIN..KAMU LAH ORANGNYA YG RUNTUHKAN AGAMA..
Ya Allah..janganlah kau jadikan kami dari golongan mereka yg MERUNTUHKAN AGAMA MU.. Peliharalah iman kami dan kekalkan kami dalam islam setiap masa dan etika...amin ya Rabb...
Sebarkan..pikir,risau,bimbang akan solat mu...
Salam sayang untuk diri sendiri..jaga lah perintah Allah Taala..takutilah Allah..takutilah ALlah... |
Friday, 14 October 2011
ikan keli haram dan halal????
Hi korang....lamanya chogeeyoo x update....ni nak citer psl ikan keli haram or halal....x tau nak bezakan...JOM baca Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah. Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar. Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. |
lawak giler
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
Fw: You have choice.......but.......
Not liking the food you have daily????How about some pizza? ......
No??? OK....... Pasta?
No?? .. How about Taco?
Not in taco mood today? ... ok.. Trying this Mexican Food?
size=3>
No again? No probs.. we have more choice..
Hmmmmmmm... Chinese??????? J
Burgersssssss????????
Ok.. lets try Indian.. J
South Indian Food?
Naaaaa??? North Indian?
Junk food mood?
Or some diet food today?
The choice we have is endless.......
Tiffin?
Non-Veg?
Large Quantity?
Or just some bites of chicken?
You can have any of these... or try out little from all....
But..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
They have No choice..
They just need some food to survive..
Think of them next time you throw the cafeteria food saying, its not tasty!!
<FONT
face="Times New Roman" color=#000080 size=5>
Think of them next time you say .. Roti here is too hard to eat...
Please DO NOT WASTE food
YES
"Helping hands are better than Praying Lips"
_____________________________________________
See the Web's breaking stories, chosen by people like you. Check out Yahoo! Buzz.
Now, send attachments up to 25MB with Yahoo! India Mail. Learn how.
| This message is for the intended recipient only and may contain privileged or confidential information. If you have received it in error, please immediately notify the sender and then delete this message. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of the company shall be understood as having no endorsement by the company. The company also makes no warranties that this message is free from computer virus, corruption or interception or unauthorized amendment, and disclaims all liabilities in connection with this. |

































